Terkini

Pemandu Hilang, Kenderaan Terjunam Ke Dalam Sungai

PAPAR: Wanita berusia 50-an dikhuatiri lemas selepas pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai, di Taman Sayang, Jalan Melugus, di sini, petang semalam.


Pemandu Hilang, Kenderaan Terjunam Ke Dalam Sungai

Dalam kejadian 5.50 petang itu, mangsa, Rohani Samsudin, sehingga kini belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar sedang giat dijalankan.

Menurut saksi kejadian, mangsa dipercayai panik ketika membuat pusingan U di hujung jalan berhampiran sungai berkenaan lalu tertekan pedal minyak sebelum terjunam ke dalam sungai.


Melihat kejadian itu, beberapa orang awam terus memberi pertolongan kerana bimbang mangsa terperangkap tetapi sebaik kenderaan ditarik naik didapati mangsa tiada di dalam kenderaan itu dipercayai dihanyutkan arus sungai selepas cermin kenderaan pecah.

Pemandu Hilang, Kenderaan Terjunam Ke Dalam Sungai

Ketua cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Katizah Rahaban berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.52 petang lapan anggota dari BBP Papar dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, SAR terus dijalankan di sekitar lokasi kejadian namun sehingga kini mangsa belum ditemui.

"Gerakan mencari dan menyelamat masih dilakukan di permukaan sungai yang turut dibantu anggota polis dan penduduk kampung," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, operasi oleh pasukan scuba JBPM Sabah hanya akan dijalankan esok.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments