Terkini

PM Kanada Tolak Cadangan Haramkan Pakaian Renang Burkini

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mempertahankan kebebasan individu dan mengalu-alukan kepelbagaian budaya, ketika memberi respon beliau mengenai tindakan pihak berkuasa Perancis mengharamkan pakaian renang menutup aurat atau burkini.


PM Kanada Tolak Cadangan Haramkan Pakaian Renang Burkini

“Di Kanada, kita perlu melangkaui toleransi,” Trudeau memberitahu wartawan selepas mesyuarat kabinet.

Beberapa wakil rakyat di wilayah Quebec sebelum ini turut menggesa pengharaman “burkini”, pakaian renang yang menutup badan, berikutan langkah 15 pihak berkuasa tempatan di Perancis mengharamkan pakaian itu.

Ia termasuk bandar persisiran pantai Nice, yang menjadi sasaran serangan pengganas pada 14 Julai lepas, dengan alasan demi keselamatan awam.

Trudeau bagaimanapun menyeru hak dan kebebasan memilih seseorang itu dihormati, yang menurutnya perlu mengatasi segala wacana umum.


Trudeau turut menolak sebarang cadangan mengharamkan burkini di Kanada, dengan berkata rakyat negara itu perlu lebih ke depan daripada terlibat kontroversi sebegitu.

Burkini

“Di Kanada, bolehkah kita berbicara mengenai penerimaan, keterbukaan, persahabatan, saling memahami? Ia mengenai ke mana tujuan kita dan apa yang dialami kita dalam kehidupan seharian yang kaya dengan kepelbagaian masyarakat,” katanya.

Trudeau mempersoalkan sikap sesetengah kerajaan yang bercakap mengenai toleransi, sebaliknya menyekat hak individu.

“Bertolak ansur bermaksud menerima hak seseorang dengan syarat mereka juga tidak terlalu mengganggu kita.” - FMT


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments