Terkini

Serangan Bom Di Hospital Pakistan, 70 Maut, 100 Cedera

QUETTA: Serangan bom bunuh diri menggunakan bebola besi dilakukan Taliban ke atas sebuah hospital Pakistan hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang dan lebih 100 lagi cedera.


Serangan Bom Di Hospital Pakistan, 70 Maut, 100 Cedera

Pengebom menyerang kumpulan kira-kira 200 orang yang berkumpul di Hospital Awam di ibu kota wilayah Baluchistan di sini selepas kejadian tembakan maut seorang peguam kanan tempatan awal semalam.

Pihak berkuasa berkata, lebih 100 lagi cedera dalam serangan itu. Rakaman video menunjukkan tubuh manusia berselerakan di tanah, sesetengah masih merokok, dalam kolam darah dan serpihan kaca ketika mangsa terselamat terkejut dan menangis sambil menenangkan antara satu sama lain.

“Angka kematian meningkat kepada 70 orang dan 112 cedera,” kata ketua jabatan kesihatan wilayah, Dr Masood Nausherwani kepada media hari ini. Ramai mangsa berpakaian sut hitam dan tali leher, pakaian biasa dipakai peguam Pakistan.

Seorang wartawan AFP berada kira-kira 20 meter dari situ apabila bom meletup. “Ada kepulan besar awan hitam dan serpihan berterbangan. Saya berlari ke tempat itu dan melihat mayat manusia berkecai di merata tempat serta ramai yang cedera menangis.

Kolam darah berada di mana-mana serta cebisan mayat,” katanya. Katanya, jururawat dan peguam menangis ketika anggota medik dari dalam hospital bergegas keluar untuk membantu mangsa yang cedera.


Lokasi kejadian: Sandeman Civil Hospital
Lokasi kejadian: Sandeman Civil Hospital

“Mangsa memukul kepala mereka sambil menangis dan meratap. Mereka terkejut dan sedih,” katanya. Pervez Masi, yang cedera terkena serpihan kaca terbang berkata, letupan itu amat kuat sehingga “kami tidak tahu apa yang sudah berlaku.”

“Ramai kawan kami syahid. Sesiapa yang melakukannya bukan manusia, dia syaitan dan tiada peri kemanusiaan,” katanya. Polis mengesahkan serangan itu adalah letupan bunuh diri.


Ketua unit pemusnah bom Abdul Razzaq berkata, pengebom membawa lapan kilogram bahan letupan dipenuhi bebola besi dan serpihan bom pada tubuhnya.

Kumpulan kecil Taliban Pakistan, Jamaat-ul-Ahrar, mengaku bertanggungjawab atas serangan yang sengaja menyasarkan peguam, dengan jurucakapnya berikrar akan melakukan lebih banyak serangan “sehingga sistem pentadbiran Islam dilaksanakan di Pakistan.


Jamaat-ul-Ahrar juga berkata, ia menjadi dalang serangan paling buruk di Pakistan tahun ini, apabila mengebom taman penuh sesak di Lahore, mengorbankan 75 orang, kebanyakannya kanak-kanak. -AFP


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments