Terkini

Suspek Kes bunuh Bill Kayong Serah Diri Di Balai Polis

Miri – Seorang daripada tiga suspek yang dikehendaki berhubung pembunuhan Setiausaha PKR cawangan Miri Bill Kayong pada Jun telah menyerah diri di balai polis Miri hari ini.


Suspek Kes bunuh Bill Kayong Serah Diri Di Balai Polis

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata lelaki berusia 50 tahun itu diiringi oleh peguamnya semasa menyerah diri kira-kira pukul 4.50 petang.

Menurut polis, suspek ialah pembantu peribadi kepada seorang yang berpangkat “datuk”, dipercayai perancang pembunuhan Kayong.

Polis telah meminta bantuan Interpol untuk mengesan seorang “datuk” berusia 45 tahun yang telah melarikan diri ke Singapura dan kemudian ke Melbourne, Australia.


Dalam satu kenyataan di sini, Dev berkata suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri esok untuk mendapatkan perintah reman dan sebelum didakwa.

Beliau berkata polis juga sedang berusaha untuk mengesan suspek ketiga, berusia 35 tahun yang memiliki sebuah pusat karaoke KTV.

Beliau berkata bahawa pada 9 Julai, Mahkamah Majistret Miri telah mengeluarkan waran tangkap bagi ketiga-tiga mereka.

Kayong, 43 ditembak mati dalam kenderaan Toyota Hilux kira-kira 8.30 pagi pada 21 Jun, di persimpangan lampu isyarat di Lutong dekat pasaraya E-Mart di Jalan Miri-Bintulu. – Bernama

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments