Tiga Penjawat Awam Ditahan SPRM, Aset Lebih 13 Juta Disita

Kuala Lumpur – Tiga penjawat awam – dua daripadanya bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.


Tiga Penjawat Awam Ditahan SPRM, Aset Lebih 13 Juta Disita

Mereka berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), serta ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata mereka yang berumur dalam lingkungan 50-an ditahan dalam operasi serentak kira-kira 12 tengah hari dan 2 petang semalam, katanya dalam kenyataan.

“Susulan penahanan tersebut, akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta telah dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan.

“Turut disita ialah beberapa kondominium mewah termasuk unit penthouse dan rumah banglo serta kenderaan mewah antaranya Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai hasil rasuah dan pengubahan wang haram,” katanya.


Azam berkata wang bernilai lebih kurang RM400,000, termasuk mata wang asing, serta beberapa utas jam tangan mewah dijumpai dalam operasi berkenaan.

Azam berkata siasatan SPRM masih diteruskan dan ia akan meminta perintah reman daripada Mahkamah Majistret esok bagi semua yang ditahan.

Operasi berkenaan dibuat selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad, yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. - BERNAMA


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments