Header Ads

  • Terkini

    Video: Budak Diterkam Singa Ketika Siaran TV Kerana Menangis

    Seorang kanak-kanak diterkam oleh seekor singa semasa siaran langsung dalam sebuah rancangan televisyen di sini.  Memetik The Sun, haiwan itu menarik dan mengigit kaki kanak-kanak kecil itu dihadapan ibunya selepas mereka duduk berdekatan dengan haiwan itu semasa siaran langsung program televisyen Con Sello de Mujer.


    Video: Budak Diterkam Singa Ketika Siaran TV Kerana Menangis

    Berdasarkan rakaman berdurasi 1 minit itu, kanak-kanak itu bersama ibunya, pengacara program duduk bersebelahan singa bersama-sama dua pelatih singa.

    Ketika ditemubual, kanak-kanak itu tiba-tiba mula menangis.

    Mungkin tergangu dengan suara kanak-kanak itu, singa berkenaan terus menerkam kaki kanak-kanak itu dan mula mengigitnya.

    Budak perempuan itu mula menjerit dan ibunya yang panik terus menariknya namun ia memburukan lagi keadaan.

    Salah seorang pelatih berkenaan bertindak mengambil kanak-kanak itu dan meminta ibunya supaya bertenang dan berhenti menarik anaknya itu.


    Mereka berjaya memisahkan haiwan itu daripada kanak-kanak itu dan pelatih berkenaan membawa keluar singa berkenaan dari pentas.

    Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pelatih berkata, singa itu hanya bermain dengan kanak-kanak itu.

    Rakaman itu dipercayai dirakamkan beberapa tahun lepas, namun baru tersebar luas selepas dikongsi di media sosial baru-baru ini.


    Sumber: Sinar Harian

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad