Video: Penjaga Zoo Nyaris Diterkam Harimau Bintang Di Sebuah Zoo

SEBUAH video amatur berdurasi 1 minit 12 saat memaparkan seorang penjaga zoo nyaris-nyaris diterkam oleh seekor harimau bintang yang dikenali sebagai Dharma sebelum ‘diselamatkan’ oleh seekor harimau belang.



Eduardo Serio yang ketika itu sedang leka bermain dengan sekumpulan singa di Black Jaguar White Tiger Foundation tidak menyedari apabila Dharma mula menghendap di belakangnya untuk menyerang.

Bagaimanapun, Serio bernasib baik apabila seekor harimau belang bernama Aztlan kemudian tampil ‘mematahkan’ aksi drama serangan hendap Dharma itu.

Menurut laman berita Mirror, rakaman dramatik itu dirakam di sebuah zoo yang terletak di bandar Mexico dan telah dimuat naik ke laman Youtube pada Oktober 2015 dengan tajuk ‘The Kids Playing. Aztlan Saved Me From Dharma’s Attack.’

Bagaimanapun, rakaman berkenaan mula menjadi viral menerusi laman sosial antarabangsa setelah sebuah laman dikenali Reddit memuat naik kembali video berkenaan.

Penjaga Zoo Nyaris Diterkam Harimau Bintang Di Sebuah Zoo

Penjaga Zoo Nyaris Diterkam Harimau Bintang Di Sebuah Zoo

Walau bagaimanapun, sesetengah netizen tidak bersetuju dengan tajuk video berkenaan yang menyatakan seekor harimau konon cuba menyelamatkan Serio.


Seorang individu yang dikenali sebagai Mavin Marque berkata,” Jangan jadi bodoh. Harimau bernama Aztlan itu tidak berniat pun untuk menyelamatkannya, malah turut sama bermain dengan harimau bintang berkenaan.

“Hanya manusia yang bodoh sahaja yang bertuah diterima oleh kumpulan haiwan buas itu. Oleh itu, jangan sesekali menganggap pemangsa ini seperti anak-anak kucing.” Saksikan video di bawah:



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments