Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bergelar Suami Isteri (4 Gambar)

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Ana Dahlia dan juga suami kerana telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan yang juga sama dengan tarikh hari kemerdekaan. Majlis tersebut diadakan di Hotel Taiping Perdana.



Sebelum ini, Ana dan suaminya, Ashraf yang juga anak kepada pengarah, Datuk Jurey Latiff, telah pun melangsungkan majlis pertunangan pada 30 Julai lalu. Ashraf juga adalah seorang duda dan mempunyai tiga anak.


“Perkahwinan ini nanti akan menjadi yang kedua buat kami. Saya sendiri pernah berkahwin sekitar enam tahun lalu. Dia juga bergelar duda dan mempunyai tiga anak. Ibaratnya saya akan mendapat anak segera tak lama lagi,” katanya kepada BH Online sebelum ini.




Ana Dahlia pernah pernah mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz Redzuan pada November tahun 2012. Selepas 11 bulan melayari bahtera perkahwinan mereka akhirnya berpisah. Semoga perkahwinan Ana Dahlia bersama suami kali ini akan kekal hingga ke Jannah


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments