Bapa Terima Padah Rogol Anak Kandung Sendiri

KOTA BHARU - Perbuatan jijik seorang bapa yang tergamak merogol anak sulungnya  mendapat pembalasan setimpal apabila dihukum penjara selama 12 tahun dan dikenakan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Bapa Terima Padah Rogol Anak Kandung Sendiri

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, selepas menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan sumbang mahram ke atas anaknya yang kini berusia 16 tahun dimana ia tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.


Perbuatan itu dilakukannya antara tahun 2013 hingga 2014 pada pukul 1 hingga 2 pagi di sebuah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam, Zuhaidie Akmal Hasan Basri. - K! ONLINE


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments