Terkini


Baru Berusia 15 Tahun Tapi Dah Berani Cabar Polis, Taiko Betul...

Sungai Petani – Usianya 15 tahun namun lagaknya bagai samseng jalanan apabila menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya ketika dikejar anggota polis dalam satu operasi sempena Ambang Merdeka.


Baru Berusia 15 Tahun Tapi Dah Berani Cabar Polis, Taiko Betul...

Remaja lelaki dari Kampung Paya Besar, Kuala Ketil itu turut mencabar polis dengan mengangkat tayar hadapan motosikal ketika dikejar dalam cubaannya meloloskan diri kira-kira jam 1.30 pagi.

Malah motosikal ditunggangnya turut merempuh belakang sebuah kereta dan terjatuh, namun dia bangun semula untuk melarikan diri sebelum ditahan 50 meter dari lokasinya terjatuh.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan ke atas motosikal Honda C70 milik remaja itu mendapati menggunakan enjin motosikal curi.

“Selain itu, motosikal terbabit juga tidak mempunyai lampu, nombor pendaftaran diubah suai serta tiada cukai jalan selain tidak memiliki lesen memandu yang sah.


“Sebelum itu, remaja terbabit ditemui berlegar-legar bersama-sama sekumpulan remaja bermotosikal antara Dataran Zero (Jam Besar) ke Legenda Height, namun bertempiaran lari selepas menyedari mereka dihampiri anggota trafik dan Skuad Khas Lejang,” katanya.

Sumber berkata, remaja terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 21(1) kerana memiliki barang curi.

Remaja terbabit yang ditemui mengakui motosikal itu diberi bapa saudaranya, namun tiada enjin sebelum dia membeli enjin motosikal curi dengan harga RM200 daripada rakan.

Menurutnya, dia sudah beberapa hari merancang bersama-sama rakan datang ke Sungai Petani berjumpa kenalan lain dan bergembira pada malam merdeka.

“Saya mahu menghabiskan malam merdeka dengan berlumba bagi menguji keupayaan motosikal ini, namun tidak menyangka dicekup polis,” katanya.

Sumber : Harian Metro


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments