Siti Nurhaliza Tak Putus Asa Usaha Dapatkan Zuriat

Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini memuat naik gambarnya di Instagram bersama belon yang tertulis ‘It’s a boy’ dan menulis kapsyen ‘Tumpang berangan kat belon orang’.


Siti Nurhaliza Tak Putus Asa Usaha Dapatkan Zuriat

Ia sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada penyanyi nombor satu negara ini hamil sekali lagi dan mahu berkongsi berita baik itu dengan peminatnya.

“Nak berangan jap, Siti tumpang gembira. Tak kena bayar kalau berangan, kan?” kata Siti sekali gus menafikan dia hamil.

Siti Nurhaliza

Baca: “Tahun Ini, Fokus Utama Adalah Dapatkan Anak” – Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Siti berkata, tidak salah sekiranya dia menyimpan angan-angan dan tumpang gembira dengan rezeki orang lain.

Baca: Saya Redha Dengan Ujian Ini, Tetap Cuba Dapatkan Cahaya Mata

Awal Disember lalu Siti mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan. - myMetro.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments