Terkini

“Doakan Yang Terbaik Buat Kami” - Kamal Adli

PELAKON Kamal Adli mengakui Emma Maembong hadir bersamanya di karpet merah Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) pada malam Sabtu lalu merupakan undangannya.


‘Doakan Yang Terbaik Buat Kami’ - Kamal Adli

Kamal turut memberitahu hubungannya bersama Emma masih lagi baik tetapi dia tidak mahu menjelaskan dengan lebih lanjut selepas mereka dilaporkan sudah berpisah sebelum ini.

“Emma tidak mempunyai teman untuk ke FFM dan saya mengajaknya untuk melalui karpet merah itu bersama-sama.


“Hubungan kami berdua masih baik dan kami sedang cuba memperbaiki kekurangan yang ada sebelum ini. Doakan yang terbaik untuk kami,” katanya kepada mStar Online.

Hubungan mereka sebelum ini dikatakan telah berakhir apabila kedua-duanya jarang memuat naik gambar bersama.

Kamal Adli, Emma Maembong

Emma juga meminta agar dirinya diberi ruang untuk berbincang tentang hala tuju hubungannya bersama Kamal Adli.

Tambah Emma, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan Kamal dan kehadirannya ke karpet merah FFM itu merupakan undangan daripada Kamal.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments