Empat Penjenayah Maut Berbalas Tembak Dengan Polis

Empat penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Jalan Ampang Baru berdekatan Masjid Tambun di Ipoh malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, penjenayah terbabit ditembak mati sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.


Empat Penjenayah Maut Berbalas Tembak Dengan Polis

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan kejadian, dan berkata, semua suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun di negeri itu.

Maklumat lanjut mengenai kes tersebut akan dimaklumkan dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, di Tawau, lima individu termasuk seorang saksi ditahan bagi membantu siasatan berhubung video warga Indonesia dikatakan mudah memasuki daerah ini dengan hanya membayar RM50 hingga RM100 kepada anggota penguat kuasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu termasuk tiga wanita yang kesemuanya bekerja sebagai buruh ladang ditahan di sebuah rumah dalam kebun kelapa sawit Anderasy, Batu 17 dekat Tawau kira-kira pukul 3.45 petang semalam.


“Ketika ditahan, semuanya gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Siasatan lanjut turut mendapati seorang lelaki berusia 38 tahun yangditahan adalah saksi yang dikenal pasti berada di bot dalam video viral pendedahan wartawan Indonesia berhubung kemasukan mudah rakyat Indonesia ke Tawau,” katanya di Tawau.

Fadil berkata, pihaknya akan merakamkan keterangan saksi terbabit bagi membantu siasatan lanjut.

Kelmarin, Fadil berkata, polis sudah mengenal pasti beberapa individu termasuk anggota penguat kuasa bagi membantu siasatan berhubung dakwaan sogokan bagi memudahkan kemasukan PATI seperti dilaporkan program televisyen TransMedia di Indonesia.

Menurut Fadil, pihaknya tidak berkompromi terhadap apa juga pelanggaran integriti atau salah laku membabitkan mana-mana anggotanya. – Bernama | Foto Harian Metro


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments