Header Ads

  • Terkini

    Gadis Nasi Lemak Anak Dara Tak Mengalah, Meniaga Dari Rumah

    Seperti azamnya sebelum ini, disaman penguat kuasa majlis tempatan tidak mematahkan semangat sensasi Internet Siti Hajjar Ahmad untuk terus meniaga. Selepas disaman Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana tiada lesen penjaja, pengusaha nasi lemak Anak Dara itu hari ini terus meniaga seperti biasa.


    Gadis Nasi Lemak Anak Dara Tak Mengalah, Meniaga Dari Rumah

    Beliau bagaimanapun terpaksa meninggalkan tapak biasanya di tepi jalan dan berurus niaga daripada rumah sahaja.

    Tetapi bagi seorang penghuni yang menginap di tingkat lima sebuah pangsapuri, perkara itu ternyata tidak mudah.

    “Hari ini saja sembilan kali naik turun tangga dari tingkat lima sebab nak hantar tempahan pelanggan dekat bawah.

    “Dah macam panjat bukit dah pagi tadi. Hahaha, makin kedinglah.


    “Tapi tak apa asalkan pelanggan puas hati dengan nasi lemak,” katanya penuh positif.

    Gadis cantik itu sebelum ini menjadi sensasi Internet bukan sahaja kerana 'jenama' nasi lemaknya, tetapi juga kecekalan mencari rezeki dengan meniaga di tepi jalan, walaupun berpendidikan tinggi.


    Kisah pemilik ijazah kejuruteraan elektronik perubatan daripada Universiti Tun Hussein Onn berusia 24 tahun yang tidak memilih kerja itu mendapat perhatian luas warga maya.

    Gadis Nasi Lemak Anak Dara

    Anak ketiga daripada lima adik beradik dan berasal dari Sungai Petani, Kedah itu pada awal merantau ke Shah Alam, Selangor bagi mencari peluang kerja.

    Dia kemudian memutuskan untuk membuka gerai nasi lemak sementara mendapat kerja tetap.

    Berkenaan lesen pula, Siti Hajjar berkata dia sememangnya mahu memohon lesen berniaga, tetapi perlu mengumpul duit untuk urusan tertentu dahulu. - Sumber MK


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad