Terkini


Hafiz Belum Sedia Komen Keputusan Fafau Batalkan Perkahwinan

Pemuda yang sepatutnya berkahwin dengan Fara Fauzana (Fafau) pada 17 September ini, Mohamed Hafiz, akan membuat kenyataan berhubung pembatalan perkahwinannya dengan personaliti radio dan televisyen itu dalam masa terdekat.


Hafiz Belum Sedia Komen Keputusan Fafau Batalkan Perkahwinan

Memetik laporan BH online, Hafiz bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan media yang dikeluarkan Fara petang tadi.

"Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen.

"Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya," katanya.

Baca: Pengumuman Mengejutkan Fara Fauzana Tentang Perkahwinan Beliau

Dalam pada itu, Hafiz berkata, selama ini beliau tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.


Sebelum ini, identiti lelaki terbabit menjadi persoalan apabila Fara hanya memperkenalkannya dengan nama Hafiz, tanpa memberikan maklumat lanjut mengenai dirinya.

Ia juga kenyataan pertama daripada pemuda itu, sejak Fara mengadakan sidang akhbar mengenai perancangan perkahwinan dirinya pada 1 Ogos lalu.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments