Terkini

Hari Raya Aidiladha Di Malaysia Disambut Pada 12 September Ini

Kuala Lumpur – Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 12 Sept, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini.


Hari Raya Aidiladha Disambut Pada 12 September Ini

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1437 Hijrah ialah pada Sabtu, 3 Sept 2016.


“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 12 Sept 2016,” katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini. – Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments