Hebat!.. Anggota Polis Tangkap Tedung Selar Dengan Tangan Kosong

Memang hebat!.. Anggota polis tangkap ular tedung selar dengan tangan kosong. Di Tanah Merah, ular tedung selar sepanjang 3.6 meter ditangkap oleh dua anggota polis di Jalan Kubang Gali di sini, semalam.


Hebat!.. Anggota Polis Tangkap Tedung Dengan Tangan Kosong

Ular berkenaan berada di tepi jalan dan disedari oleh orang ramai yang cuba menangkapnya.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, dua anggotanya dari cawangan unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah sedang membuat rondaan dan melihat orang ramai berada di lokasi kejadian, 9 pagi tadi.


Katanya, anggotanya iaitu Sarjan Hilmi dan Koperal Saifudin Mohamad turun untuk membuat pemeriksaan dan mendapati seekor ular besar berada di lokasi berdekatan.

“Dengan menggunakan kepakaran yang ada, dua anggota polis itu cuba menangkap ular berkenaan dengan menggunakan tangan.

“Mereka mengambil masa setengah jam dan menangkap ular terbabit sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk tindakan lanjut,”, lapor Harian Metro.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments