Terkini

Izreen Azminda Tak Mahu Berlakon, Kerjasama Dengan Amar Baharin

Pelakon Izreen Azminda yang suatu ketika pernah dikaitkan bercinta bersama dengan pelakon Amar Baharin berkata dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan mana-mana selebriti lelaki lebih-lebih lagi dengan pelakon Amar Baharin yang akan berkahwin tidak lama lagi.


Izreen Azminda Tak Mahu Berlakon, Kerjasama Dengan Amar Baharin

Dia turut mengatakan bahawa tidak mahu terlibat dengan sebarang lakonan atau aktiviti bersama pelakon Itu lagi.

“Saya memang dah tak mahu berlakon dengan Amar Baharin. Setiap tawaran saya akan tanya produser dahulu siapakah pelakon lelakinya, kalau Amar memang saya tolak. Saya tak suka nak propa atau menipu diri sendiri. Saya cakap terus terang kerana saya tak boleh berdepan dengan lelaki yang pernah beri impak dalam hidup saya,” katanya kepada Rotikaya.

Baca: Amar Baharin Datang Jauh Untuk Beraya Dengan Izreen Azminda

Aktres ini turut memberitahu bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan bakal isteri kepada pelakon Amar Baharin iaitu Amyra Rosli dan tidak pernah berdendam dengan pelakon itu, tetapi tegasnya tidak mahu lagi dikaitkan dengan pelakon Amar Baharin.


Baca: Gara-Gara Gambar Mesra, Izreen Dituduh Tidak Hormat Tempoh Edah

“Saya rasa Amar pun tahu prinsip dan pendirian ini. Saya tiada masalah dengan bakal isteri dia. Hanya dengan Amar sahaja saya dah tak boleh bersemuka. Orang akan cakap saya tak profesional tetapi ini pendirian saya. Saya bukan berdendam cuma dah tak mahu ada kaitan dengan Amar lagi,” katanya.
Izreen Azminda

Baca: “Izreen Kritik Saya Kerana Ingin Cari Publisiti” – Amar Baharin

Sementara itu, Izreen turut mengakui bahawa dia sering didekati oleh lelaki yang jauh lebih muda darinya. Akan tetapi dia mahukan lelaki yang ikhlas menerima dirinya serta anaknya.

Paling Hot: Sekali imbas, macam tak pakai baju pulak si Izreen Azminda ni...

“Ada yang lebih muda cuba mendekati saya, cuma kalau boleh saya ingin lelaki yang ikhlas menerima saya seadanya di samping menyayangi saya dan anak sepenuh hati,” ujarnya mengakhiri perbualan. Sumber: Rotikaya


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments