Terkini

Jangkitan Virus Zika Di Singapura Mencecah 242 Kes

SINGAPURA: Jumlah kes jangkitan virus Zika di Singapura meningkat kepada 242 pada Ahad, seminggu selepas wabak berkenaan mula dilaporkan di negara itu.


Jangkitan Virus Zika Di Singapura Mencecah 242 Kes

Ia menyaksikan peningkatan 27 kes daripada 215 kes pada Sabtu.

Sebanyak 25 baharu daripada kawasan Aljunied Crescent/Sims Drive/Kallang Way/ Paya Lebar Way, manakala satu lagi kawasan baharu berpotensi bagi wabak itu di Joo Seng Road di mana satu kes sebelum ini dikesan.

Menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) Singapura, setakat Sabtu, ia menghapuskan 62 kawasan pembiakan nyamuk di Aljunied dan 39 lagi di Bedok North Avenue.



NEA akan terus melakukan kawalan terhadap pembiakan nyamuk, termasuk di Joo Seng Road.

Terdahulu pada Ahad, Menteri Kanan Kesihatan, Sumber Air dan Alam Sekitar, Amy Khor berkata, Kementerian Kesihatan sedang mengkaji amalan mengasingkan pesakit yang disahkan dan disyaki terkena jangkitan Zika.

Beliau berkata, kesemua pesakit boleh dibenarkan untuk berehat di rumah selagi mereka mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan produk penghalau nyamuk.

Pendekatan itu selari dengan langkah kerajaan untuk mengatasi demam denggi. – The Straits Times/Asia News Network



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments