Karipap Inti Daging Lada Hitam Saiz Besar ‘Muka’ Di Georgetown

GEORGETOWN – Karipap sebesar muka yang dijual sepasang suami isteri di Jalan Larut serta berdekatan Hotel Royal di sini, bukan sahaja digemari penduduk setempat malah berjaya menambat hati pelancong asing.


Karipap Inti Daging Lada Hitam Saiz Besar ‘Muka’ Di Georgetown

Pemilik gerai Mutiara Karipap, Faisal Hashim, 42 berkata, dia dan isteri, Norazlin Sulaiman, 42, menjual kira-kira 14 jenis karipap.

Menurutnya, ia termasuklah karipap ketam, sardin, telur, kambing, sotong, oblong, udang dan juga sayur.

“Memang lain daripada lain, karipap hanya akan dibuat apabila diminta pelanggan, contohnya jika pelanggan meminta inti rusa, di situ jugalah kami akan isikan inti tersebut dan goreng,” katanya.

Katanya, gerainya dibuka Isnin hingga Jumaat bermula jam 1 petang hingga jam 6.30 petang sahaja.


Memulakan perniagaan sejak 10 tahun yang lalu, Faisal yang berasal dari Pulau Pinang itu mengakui dahulu dia hanya mampu menjual 20 biji karipap sahaja dalam sehari.

“Namun lama kelamaan, gerai saya mula dikunjungi ramai dan kini saya mampu menjual 2,000 biji karipap sehari.

“Itu semua bergantung kepada rezeki, jika ada hari yang lebih, bertambahlah jualan karipap,” katanya.

Norazlin berkata, kesemua karipapnya dijual dengan harga sekitar RM1 hingga RM2.

“Saiz karipap kami juga besar dan intinya berbaloi dengan harga ditawarkan,” katanya. – Sinar Harian

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments