Kecuaian Juruterbang Punca Pesawat Jamaluddin Jarjis Terhempas

KUALA LUMPUR: Kecuaian juruterbang merupakan antara punca nahas helikopter yang me­ngorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain di Semenyih, Selangor, pada 4 April tahun lepas.

KUALA LUMPUR: Kecuaian juruterbang merupakan antara punca nahas helikopter yang me­ngorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain di Semenyih, Selangor, pada 4 April tahun lepas.


Kecuaian Juruterbang Punca Pesawat Jamaluddin Jarjis Terhempas

Laporan akhir nahas helikopter Dauphin 9M-IGB itu mendedahkan bahawa juruterbang, Kapten Clifford Fournier gagal menilai kerosakan secara terperin­ci selepas melakukan pendaratan kasar di padang bola Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagian di Muadzam Shah, Pahang.

Baca: Heli terhempas di Semenyih, 6 maut termasuk Dr. Jamaluddin Jarjis

Laporan setebal 117 muka surat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Kementerian Pe­ngangkutan, itu menyatakan pendaratan kasar itu menyebabkan gear pendaratan utama sebelah kiri terbenam 20 inci ke dalam tanah gegai.

“Juruterbang itu gagal memeriksa kerosakan pada gear pendaratan utama sebelah kiri biarpun mengetahui berlaku kebocoran minyak dan kerosakan bahagian lain sebelum memutuskan untuk terus terbang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

“Sirip tegak yang dilekatkan pada penstabil mendatar terhentak dengan tanah dan kemudian mematahkan punca penstabil mendatar dalam helikopter.


“Seorang saksi melihat juruterbang itu keluar dari helikopter dan mengiringi penumpang yang keluar supaya mengosongkan kawasan rotor utama.

Baca: Analisa kotak hitam gagal dedah punca helikopter meletup di udara

“Bagaimanapun, beliau tidak melakukan sebarang pemeriksaan ke atas helikopter tersebut,” menu­rut laporan akhir yang dimuat naik dalam laman web rasmi Kementerian Pengangkutan (www.mot.gov.my) pada Jumaat lepas.

Selain Allahyarham Jamaluddin, nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih itu turut mengorbankan juruterbang Fournier, Ketua Setiausaha Sulit di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang, pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razkan Seran dan pembantu operasi, Aidana Baizieva.

Kesemua mangsa dilaporkan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Noor­yana Najwa di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang.

Menurut laporan itu, faktor lain menyumbang kepada nahas itu ialah kelajuan menurun bersama dengan kerosakan gear pendaratan meletakkan beban berlebihan pada penstabil mendatar kiri yang patah.

“Desakan penumpang untuk pulang beberapa kali telah mewujudkan tekanan kepada juruterbang untuk tergesa-gesa pulang dengan segera,” menurut laporan itu.

Dapatan laporan itu mendapati wujud bukti kebocoran cecair berlebihan dalam lubang akibat gear pendaratan sebelah kiri serta atas rumput kira-kira 10 meter di hadapan titik pendaratan.

“Cecair itu mungkin daripada topang hentak gear pendaratan sebelah kiri dan sistem brek hidraulik. Bagaimanapun, tiada amaran kebocoran minyak hidraulik ternyala dalam helikopter semasa juruterbang melakukan pemeriksaan sebelum berlepas,” menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyebut juruterbang itu mahir dalam mengendalikan helikopter tersebut dan kontrak penyelenggaraan dengan Airbus Helicopter dilakukan mengikut jadual tanpa anomali dalam dokumen penyelenggaraan.

Menurut laporan awal yang keluarkan pada 14 Mei tahun lepas menunjukkan punca nahas dipercayai akibat kerosakan pada penstabil helikopter. - BERNAMA


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

COMMENTS

Name

aidilfitri,19,akhir zaman,40,akhirat,9,Al-Quran,27,arbain nawawi,5,artis,1218,aurat,34,Bacaan Doa,4,blogging,13,bulan islam,6,dajjal,22,darah wanita,3,download,6,Drama,16,ebola,7,English,21,filem,23,fiqh,27,freemasonary,6,global,1337,hidayah,45,hijrah,3,illuminati,11,imam mahdi,7,informasi,2307,inspirasi,56,isu semasa,854,jenayah,747,kebangkitan,5,Kebesaran Allah,111,kematian,16,khilafah,10,khusnul khotimah,16,kisah al-quran,16,Kisah Nabi,31,Kisah Teladan,226,konspirasi,49,Krisis Mesir,26,lahad datu,74,masjid,16,MH17,177,MH370,385,motivasi,14,muharram,3,munakahat,5,Nabi Ibrahim,3,Nabi Musa,7,Nabi Sulaiman,6,NSFW,139,paranomal,70,pelajaran,124,Pelik,217,pluralisme,2,PMR,20,PT3,64,putera bani tamin,2,QZ8501,53,ragam,1457,ramadhan,49,Rasulullah,22,raya,3,satanisme,8,sejarah,52,sekularisme,3,SJ Agama,13,solat,17,solat sunat,6,songsang,28,SPM,9,su'ul khotimah,15,sukan,129,syiah,19,tauhid,4,tazkirah,83,tokoh ilmuwan,15,tokoh muslim,21,UAI,14,ulama' nusantara,7,video,248,wanita,36,widget,7,Wordless-Wednesday,7,worldcup,54,yahudi,51,
ltr
item
OhDunia.My: Kecuaian Juruterbang Punca Pesawat Jamaluddin Jarjis Terhempas
Kecuaian Juruterbang Punca Pesawat Jamaluddin Jarjis Terhempas
KUALA LUMPUR: Kecuaian juruterbang merupakan antara punca nahas helikopter yang me­ngorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain di Semenyih, Selangor, pada 4 April tahun lepas.
https://1.bp.blogspot.com/-BG-VW65yQ-8/V9ik3xnGLuI/AAAAAAAA-CU/l6Ua7Iw_uj0KfHYC_sCBaLNW4gx6BJcSACLcB/s1600/jamaluddin_jarjis_heli.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-BG-VW65yQ-8/V9ik3xnGLuI/AAAAAAAA-CU/l6Ua7Iw_uj0KfHYC_sCBaLNW4gx6BJcSACLcB/s72-c/jamaluddin_jarjis_heli.jpg
OhDunia.My
http://www.ohdunia.my/2016/09/kecuaian-juruterbang-punca-pesawat.html
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/2016/09/kecuaian-juruterbang-punca-pesawat.html
true
2744712085685001279
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy