Terkini

Kementerian Pendidikan Nafi Individu Bercumbu Adalah Guru

KUALA LUMPUR - Siasatan ke atas video, yang kononnya memaparkan sepasang guru bercumbu di sekolah seperti yang diviralkan di laman sosial, didapati tidak melibatkan golongan guru.


Kementerian Pendidikan Nafi Individu Bercumbu Adalah Guru

Video itu juga tidak melibatkan warga kerja mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan, kata menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

Video yang dimuat naik baru-baru ini menerusi laman sosial mendapat kritikan hebat netizen kerana individu yang dipercayai guru itu melakukan perbuatan tidak moral.

Baca: Gempar!.. Video Didakwa Guru Besar Bercumbu Tersebar

Kementerian Pendidikan Nafi Individu Bercumbu Adalah Guru

Beliau berkata, rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lepas di pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.


"Bagaimanapun kementerian akan terus menjalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam video itu," katanya dalam catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau. - Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments