Lagi Serpihan Baharu Disyaki Milik Pesawat MH370 Ditemui

Mozambique – Pihak berkuasa Mozambique hari ini menunjukkan tiga serpihan baharu yang dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) #MH370 yang ditemukan baru-baru ini.


Lagi Serpihan Baharu Disyaki Milik Pesawat MH370 Ditemui

Serpihan terbesar yang ditunjukkan ialah kepingan berbentuk segi tiga berwarna merah dan putih di satu bahagian serta logam di sebelahnya.

Serpihan itu ditemukan oleh pemilik sebuah hotel di kawa­san perairan, selatan wilayah Inhambane.

Pengarah pihak berkuasa pe­nerbangan Mozambique, Joao de Abreu berkata, ini adalah kali pertama serpihan berwarna dipercayai milik MH370 telah ditemukan.

“Serpihan itu boleh menjadi aileron, penutup atau lif. Di bahagian dalamnnya, kita dapat melihat label yang memudahkan kita mengenal pasti serpihan ini kepunyaan sesebuah syarikat penerbangan,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.


Sementara itu, menurut de Abreu, dua lagi serpihan yang lebih kecil ditemukan oleh seorang anak diplomat Kesatuan Eropah (EU) di kawasan peranginan, selatan Xai Xai dan kemudian menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Kesemua serpihan ber­ke­naan akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia untuk pemeriksaan lanjut.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam pe­nerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Australia yang mengetuai misi pencarian pesawat itu te­lah mengesahkan lima serpihan ditemukan setakat ini dan dikatakan hampir pasti kepunyaan MH370.

Serpihan pertama yang dikaitkan dengan MH370 adalah flaperon sepanjang dua meter ditemukan terdampar di kepulauan Reunion tahun lalu. – Utusan


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments