Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di Tempat Wuduk Masjid

Kuantan – Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan di Masjid Kampung Baru, Bentong dekat sini awal pagi tadi.


Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di Tempat Wuduk Masjid

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, DSP S.Somu berkata, mayat itu disedari oleh bilal masjid yang sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat Subuh.


“Mayat bayi tersebut yang berbalut dengan kain dijumpai di tempat mengambil wuduk. Ia dipercayai ditinggalkan antara pukul 10.30 malam pada 31 Ogos hingga 5 pagi tadi,” katanya.

Mayat itu telah dihantar ke Hospital Bentong.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mayat itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Bentong, ASP Ashari Abu Samah di talian 09-222 2222. – Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments