Padah Menimpa Kanak-Kanak 18 Bulan Ini Selepas Makan Ular Hidup Hidup

SERANG, INDONESIA: Seorang bayi berusia 18 bulan kini jatuh sakit selepas kanak-kanak itu makan seekor ular yang masuk ke dalam rumahnya di sini baru-baru ini. Ibu bayi berkenaan, Arsanah berkata, kejadian berlaku kira-kira dua minggu lalu apabila dia melihat anak perempuannya mengunyah sesuatu.


Padah Menimpa Kanak-Kanak 18 Bulan Ini Selepas Makan Ular Hidup Hidup

“Apabila saya membuka mulutnya saya terkejut apabila melihat ada ekor ular di dalam mulut anak saya.

“Saya terus menarik ekor itu tetapi hanya bahagian ekor ular itu yang tinggal,” katanya.


Menurutnya, selang beberapa hari anaknya mengalami masalah membuang air besar dan sering muntah-muntah.

“Anak saya sering muntah dengan mengeluarkan sedikit darah dan sisik dipercayai sisik ular,” jelasnya.

Kata Arsanah, dia bersama suaminya tinggal di sebuah rumah kecil di tengah sawah dan mereka sering terlihat ular di kawasan itu.

Selepas keadaan anaknya semakin lemah, Arsanah membawa bayinya ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Dradjat Prawiranegara di sini.

“Anak saya terpaksa dirawat di hospital selama beberapa hari kerana keracunan dan masalah membuang air besar.

“Kini keadaan anak saya bertambah baik tetapi saya perlu kembali ke hospital untuk rawatan susulan,” jelasnya. -  Agensi


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments