Header Ads

  • Terkini

    11 Pasangan Ditangkap Basah Dihantar Ke Masjid Untuk Solat Taubat

    PORT DICKSON: Seramai 11 pasangan kekasih di daerah ini yang ditangkap kerana kesalahan berkhalwat menerima pengajaran bermakna apabila dihantar terus ke masjid dan diminta melakukan solat taubat, semalam.


    11 Pasangan Ditangkap Basah Dihantar Ke Masjid Untuk Solat Taubat

    Penolong Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Port Dickson Md Isa Rosdi berkata, dalam Op Jalanan Dakwah Ambang Merdeka, semua pasangan terbabit dicekup di tepi pantai dan hotel bajet.


    Katanya, pasangan itu ditahan antara jam 3 petang kelmarin hingga 3 pagi semalam kerana tinggal bersekedudukan, selain berkelakuan tidak senonoh.

    “Soal siasat yang dilakukan ke atas semua mendapati mereka yang berusia 19 hingga 38 tahun mengaku melakukan hubungan seks tanpa ikatan pernikahan.

    “Sehubungan itu, kami menggunakan pendekatan berbeza apabila membawa mereka ke Masjid Jamek Datuk Abdullah Sijang, di sini. - Harian Metro


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad