Pemandu Mabuk Terbabas Masuk Lubang Tapak Pembinaan Terowong

Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, nyaris maut selepas kereta jenis Kia Spectra, yang dibawanya terbabas dan masuk ke dalam lubang sedalam 10 meter di bulatan Pandan, di sini, semalam.


Pemandu Mabuk Terbabas Masuk Lubang Tapak Pembinaan Terowong

Dalam kejadian sekitar jam 10.30 malam itu, pemandu berusia 55 tahun itu, dilaporkan gagal mengawal keretanya sebelum merempuh 10 unit penghadang laluan sebelum memasuki kawasan pembinaan terowong.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata pihaknya yang menerima maklumat kemudian mengerahkan 15 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba, kami dapati kereta berkenaan berada dalam lubang untuk pembinaan terowong dan pihak bomba terpaksa memecahkan rangka kereta untuk membawa keluar mangsa yang tersepit.

“Hasil pemeriksaan kita dapati mangsa tidak sedarkan diri dan bertindak mengejarkannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments