Penganggur Dikenal Pasti Suspek Pertama Penculikan Nur Darleen

Polis telah mengenal pasti dan menahan suspek pertama yang didakwa telibat dalam kes penculikan remaja berusia 15 tahun, Nur Darleen Dazeera.


Penganggur Dikenal Pasti Suspek Pertama Penculikan Nur Darleen

Ketua Polis Kajang, ACP Othman Nayan berkata, suspek yang merupakan seorang penganggur berusia 25 tahun itu tinggal di kawasan berhampiran dengan mangsa.

“Kita akan mengenal pasti suspek kedua sebaik sahaja menangkap suspek pertama ini. Kita tidak menolak bahawa mangsa berkemungkinan tahu penculiknya.


“Kami menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, kerana kami masih menyiasat kes itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Baca: Video: Saat Mengharukan Adik Nur Darleen Dazeera Azhar Ditemui

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn itu dilaporkan diculik kira-kira jam 7 pagi ketika sedang menunggu van di hadapan rumahnya untuk ke sekolah.

Nur Darleen Dazeera
Nur Darleen Dazeera
Kejadian itu dikatakan disedari pemandu van dan rakan sekolahnya tetapi mereka tidak sempat berbuat apa-apa.

Bagaimanapun, Nur Darleen dilaporkan selamat selepas ditemui oleh orang awam semalam, berjalan seorang diri berhampiran pasar raya AEON kira-kira jam 2.30 petang.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments