Nasi Lemak 'Dicurah Pasir': Kami Hanya Mencari Rezeki Halal...

Johor Bahru: “Saya berharap kami sekeluarga tidak dipandang serong kerana kami hanya mencari rezeki halal,” kata peniaga nasi lemak yang hanya mahu dikenali Kak Ann, 34, selepas mendakwa menjadi mangsa fitnah di Facebook (FB) sehingga diviralkan pihak tertentu.


Peniaga Difitnah, Nasi Lemak 'Dicurah Pasir'
KAK Ann (gambar kanan) menunjukkan usaha pihak tertentu memburukkan dirinya menerusi Facebook.

Kak Ann berkata, dia kecewa apabila ada akaun palsu FB atas nama Suhaila (Ila) memburukkan dirinya sekeluarga kononnya mereka menipu pelanggan sehingga menjejaskan perniagaannya.

“Saya tidak tahu apa niat pemilik akaun itu sehingga menjejaskan pendapatan kami sekeluarga yang menerima bantuan Baitulmal sejak lapan bulan lalu.


“Sejak penyebaran berita kononnya kami menipu pelanggan menyebabkan kami kehilangan punca pendapatan sejak sebulan lalu hingga terpaksa menagih simpati Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) untuk menyara kehidupan,” katanya ketika datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.

Dia yang menggunakan akaun FB dengan nama Nasi Lemak Ammara Ann II, mempunyai pelanggan tetap bukan saja penduduk tempatan malah luar Johor.

- myMetro

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments