Penyiasat Dakwa MH17 Ditembak Jatuh Pemberontak Pro-Rusia

NIEUWEGEIN: Pendakwa raya antarabangsa yang menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines #MH17 membuat kesimpulan ia ditembak jatuh misil buatan Rusia dari kampung Pervomaysk yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.


Penyiasat Dakwa MH17 Ditembak Jatuh Pemberontak Pro-Rusia

Penemuan itu dimaklumkan kepada keluarga mangsa sejurus sebelum sidang media diadakan di tengah Belanda bagi mengumumkan hasil siasatan itu.

Satu misil permukaan ke udara disasarkan ke arah pesawat Boeing 777 itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pada 17 Julai 2014, menyebabkan 298 penumpang dan kru terbunuh.

Baca: Penyiasat UK Dakwa Tentera Rusia Tembak MH17

Robby Oehlers yang merupakan sepupu kepada mangsa berusia 20 tahun, Daisy Oehlers berkata, penyiasat turut mengenal pasti 100 suspek disyaki dalam nahas udara itu.

Keluarga mangsa juga dimaklumkan sistem misil BUK yang digunakan dalam nahas itu diangkut dari Rusia ke Ukraine dan dikembalikan segera ke Rusia, selepas nahas itu.

Kremlin pernah berkata, keluarga mangsa menyatakan data radar menunjukkan pesawat itu tidak dijatuhkan roket yang dilepaskan dari kawasan dikuasai pemisah pro-Rusia di timur Ukraine.

“Data radar mengenal pasti semua objek tebang yang mungkin dilancarkan atau berada di udara di kawasan dikuasai pemberontak ketika itu,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov di Moscow.

“Data itu jelas…tiada roket. Jika ada roket, ia hanya boleh dilepaskan dari tempat lain.”

Ketika kejadian, pemisah pro-Rusia sedang bertempur dengan tentera kerajaan Ukraine di wilayah terbabit. Pesawat MAS itu berpecah di udara dan serpihannya bertaburan di padang seluas beberapa kilometer di kawasan dikuasai pemberontak.


Penyiasat dari Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine berkata, mereka akan mengeluarkan butiran mengenai lokasi tembakan dan jenis misil BUK yang digunakan, dalam usaha mengenal pasti penjenayah terbabit.

Pendakwa raya tidak boleh memfailkan pertuduhan kerana tiada perjanjian antarabangsa berhubung mahkamah mana yang kes itu boleh dibicarakan.

Silene Fredriksz yang kehilangan anaknya berusia 23 tahun, Bryce bersama teman wanitanya, Daisy Oehlers dalam nahas itu menjangkakan penyiasat akan memberitahu misil itu dilepaskan dari bandar Snizhne yang dikuasai pemberontak.

“Kami akan dapat menyimpulkan sama ada ia adalah (perbuatan) Rusia atau Ukraine,” kata Fredriksz sebelum menemui penyiasat.

“Ini adalah langkah penting. Sebagai sebuah keluarga, kami tidak sabar. Kami mahu tahu apa yang berlaku, bagaimana ia berlaku dan kenapa. Kami mahu mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Baca: Misil buatan Rusia jatuhkan pesawat MH17 - lapor Dutch Safety Board

Jika hasil siasatan mengesahkan teori itu yang turut disokong bukti dan kenyataan saksi dikumpul Reuters, ia secara langsung mencabar cadangan Moscow yang pesawat itu dijatuhkan tentera Ukraine.

Ketika itu, kawasan milik Ukraine yang terdekat terletak kira-kira 6km.

Nahas itu memainkan peranan penting dalam sekatan yang dikenakan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat ke atas Rusia, susulan konflik dengan Ukraine dan ketegangan Timur-barat yang mencapai tahap tidak pernah dilihat sejak Perang Dingin berakhir.

Pegawai Ukraine dan Barat mendakwa pemberontak pro-Rusia bertanggungjawab ke atas nahas itu, berdasarkan pintasan perisikan.

Rusia sering menafikan pembabitan langsung dalam konflik Ukraine dan tanggungjawab ke atas nahas MH17.

Siasatan awam yang dijalankan Lembaga Keselamatan Belanda ke atas punca nahas itu, pada tahun lalu, menyimpulkan pesawat MAS itu ditembak jatuh oleh misil BUK buatan Rusia yang dilepaskan dari timur Ukraine.

Pendakwa raya Belanda, Fred Westerbeke yang mengetuai pasukan penyiasatan pernah berkata, ia mempunyai “senarai panjang orang berkepentingan” dalam ke situ dan sudah menganalisis serpihan pesawat dan balistik yang ditemui di tempat kejadian.

Pendakwa raya sudah mendapatkan bantuan guaman dari Moscow sejak Oktober 2014.

“Pihak berkuasa Rusia memberikan maklumat sebelum ini, tetapi tidak menjawab semua soalan,” katanya dalam satu kenyataan ketika itu. - Berita dan Foto: FMT


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments