Perkhidmatan LRT Tergendala, Rapid KL Minta Maaf

KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd yang mengendalikan perkhidmatan LRT dan monorail hari ini meminta maaf kepada penumpang yang terpaksa berdepan gangguan dan kelewatan di sepanjang laluan Kelana Jaya pagi ini.


Perkhidmatan LRT Tergendala, Rapid KL Minta Maaf

“Kami mengalami gangguan pada sistem isyarat dan komunikasi di antara stesen Ampang Park dan Dang Wangi dan terpaksa menutup laluan di beberapa stesen di pusat bandar raya bagi menangani situasi itu,” kata Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Kelana Jaya, Ismail Abdullah dalam kenyataannya kepada FMT.

Katanya bas disediakan bagi mengangkut penumpang terkandas dari stesen Sri Rampai ke pusat bandar dan ke beberapa destinasi di KLCC.

Ismail berkata kerja pemulihan sedang giat dijalankan di antara Ampang Park dan Dang Wangi.


Rapid Rail juga memberi jaminan pengguna yang sudah membeli tiket atau dikenakan bayaran boleh mendapatkan wang mereka kembali di semua pejabat khidmat pelanggannya.

Beribu-ribu penumpang terkandas di beberapa stesen LRT di Kuala Lumpur pagi tadi berikutan gangguan elektrik.

Ia menyebabkan kesesakan di beberapa stesen utama termasuk di Masjid Jamek. - FMT News


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments