Top Ad unit 728 × 90

recent

Punca Sebenar Mengapa Jalur Gemilang Diusung Secara ‘Terbalik’

Gambar jalur gemilang yang dirakam dari udara diarak secara terbalik semasa perarakan Hari Kebangsaan pagi tadi menimbulkan persoalan di kalangan netizen.


Punca Sebenar Mengapa Jalur Gemilang Diusung Secara ‘Terbalik’

“Masaklah siapa yang bertanggungjawab. Confirm pegawai yang bertanggungjawab akan ditukarkan dalam masa 24 jam,” kata netizen.

Namun, melalui penjelasan dari laman Jabatan Penerangan pula menjelaskan sebab sebenar bendera Malaysia diarak secara ‘terbalik’ itu.

Punca Sebenar Mengapa Jalur Gemilang Diusung Secara ‘Terbalik’

“Jika bendera dibawa berarak secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah diusung mendahului perarakan sama seperti jika ianya dibawa dengan tiang bendera.


“Apabila bendera Malaysia dipamerkan atau dilukis pada dinding, tembok bangunan atau objek yang statik, bahagian Bulan Bintang atau kepala bendera hendaklah terletak di sebelah kiri, dipandang dari hadapan,”.

Jadi, tiada isu yang timbul dari gambar-gambar yang tersebar. Hanya segelintir daripada kita yang tidak mengetahui prosedur mengusung bendera Malaysia.

Apa-apa pun, selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2016.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Punca Sebenar Mengapa Jalur Gemilang Diusung Secara ‘Terbalik’ Reviewed by Adam Hakimie on September 02, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.