Sempat Kucup Tangan Ibu Sebelum Dirempuh Kereta

DUNGUN – Seorang murid tahun empat di Sekolah Kabangsaan Santong Paka di sini, maut dirempuh kereta ketika cuba melintas jalan raya, kira-kira pukul 7.10 pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 7.8 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Paka, mangsa Muhammad Syamil Harun, 10, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


Sempat Kucup Tangan Ibu Sebelum Dirempuh Kereta

Lapor Harian Metro, mangsa dikatakan turun daripada kereta bapanya yang berhenti di seberang jalan sebaik sahaja tiba di hadapan sekolahnya.

Ketika mangsa sedang melintas jalan, sebuah kereta Proton Persona yang dipandu oleh seorang wanita dari arah Santong ke Paka gagal mengelak lalu merempuh mangsa.

Ibu mangsa yang sempat menyaksi detik tragis itu hilang kata-kata dan hanya terduduk.


Hairah Abd Rashid, 53, berkata, sebelum melintas, Syamil sempat mencium tangan dan menatap wajahnya dengan pandangan sayu. Namun tidak menyangka itu adalah renungan terakhir anak kesayangannya itu.

“Memang dia sudah biasa melintas jalan untuk ke sekolah yang berada di seberang jalan. Biasanya dia lebih berhati-hati dan kami ahli keluarga yang menghantar selalu mengawasinya melihat kenderaan lalu-lalang bagi memastikan dia selamat ketika melintas.

“Selepas dia tercampak akibat dilanggar. Saya hanya mampu melihat tanpa sebarang reaksi dan tidak mendekatinya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, mengesahkan kejadian itu.

Mayat mangsa yang berpakaian baju pengakap itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments