Top Ad unit 728 × 90

recent

Tabik Kat Abang Polis, Sanggup Redah Air Bersihkan Laluan Tersumbat

PETALING JAYA: Demi memastikan keselesaan dan kelancaran pengguna motosikal, anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membantu membersihkan lorong motosikal dekat Lebuhraya Persekutuan, yang ditenggelami air akibat hujan lebat.


Tabik Kat Abang Polis, Sanggup Redah Air Bersih Laluan Tersumbat

Hujan lebat di sekitar Petaling Jaya selama kira-kira tiga jam sejak pukul 3 petang Khamis.

Pasukan yang diketuai Koperal Shaiful membuat kawalan lalu lintas di kawasan sekitar bertindak membersihkan lorong motosikal yang tersumbat di Jalan 222 menghala ke Klang dan laluan menghala ke Kuala Lumpur dekat bangunan Nanyang Siang Pau.


Bantuan beberapa anggota polis trafik itu bagi melancarkan pergerakan pengguna motosikal terkandas di kedua-dua hala sehingga terpaksa menggunakan Lebuhraya Persekutuan.

Kedua-dua lorong kembali lancar selepas kerja-kerja pembersihan sampah yang mengakibatkan laluan tersumbat, berjaya dilakukan.

Tabik Kat Abang Polis, Sanggup Redah Air Bersihkan Laluan Tersumbat

Sementara itu, pasukan polis trafik turut mengawal lalu lintas di Jalan Lapangan Terbang Subang Lama dengan sebahagiannya ditenggelami air selepas hujan lebat pada petang Khamis.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Tabik Kat Abang Polis, Sanggup Redah Air Bersihkan Laluan Tersumbat Reviewed by Adam Hakimie on September 02, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.