Tergamak!... Kerana Dadah, Suami Lelong Anak Kandung Sendiri

Tergamak!... Kerana dadah, suami lelong anak kandung sendiri.. “Saya lari daripada suami pertama kerana dia penagih tegar dan sanggup melelong anak kandung sendiri untuk membeli dadah.


Tergamak!... Kerana Dadah, Suami Lelong Anak Kandung Sendiri

“Malang sungguh nasib saya kerana perkahwinan kedua juga berdepan tekanan sama. Lelaki yang pada awalnya nampak segak dan bergaya bukan saja hamba dadah, malah panjang tangan serta mempunyai rancangan menjual anak tiri untuk kesenangan hidup,” kata Rozana, 35.

Baca: Ibu Jual Anak Dengan Harga RM700, Kerana Kemiskinan

Menurut ibu kepada empat anak ini, dia serik untuk bersuami lagi kerana bimbang terperangkap dalam jerat penagih dadah, sama seperti apa yang dilaluinya sebelum ini.


“Perkahwinan dengan suami pertama dikurniakan tiga anak. Walaupun rahsia suami menagih terbongkar di pertengahan usia pernikahan kami, namun saya setia kerana memikirkan nasib anak-anak.

Baca: Suami Isteri Sanggup Jual Anak Demi iPhone

“Sehinggalah suami merebut anak yang baru dilahirkan untuk dijual di sempadan. Ketika itu tidak ada sekelumit kasih yang tinggal kecuali perasaan benci membuak-buak.

Sumber: myMetro


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments