Ucapan ‘Sweet’ Raja Muda Selangor Sempena Pernikahan Ayahandanya

RAJA Muda Selangor Tengku Amir Shah merafak ucapan tahniah kepada ayahandanya Sultan Sharafuddin Idris Shah diatas pernikahan baginda.


Ucapan ‘Sweet’ Raja Muda Selangor Sempena Pernikahan Ayahandanya

“Beta amat mengagumi lelaki yang dipanggil Ayahanda ini,” tulis Tengku Amir di dalam sebuah gambar yang dimuatnaik di dalam akaun Instagram peribadinya.

“Beta akan sentiasa menyokong dan berdiri di belakang ayahanda sebagai pahlawan, beta akan sentiasa berbangga menjadi putera ayahanda.

“Alhamdulillah, dan tahniah Ayahanda! Beta amat bersukacita dengan keputusan ayahanda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bernikah dengan pembaca berita RTM Norashikin Abdul Rahman pada Rabu, 31 Ogos lalu.


Tengku Amir berkata hubungannya dengan ayahandanya sama seperti “ayah dan anak lelaki yang lain.”

“Baginda telah memberikan kehidupan kepada beta, berkorban untuk beta, membesarkan beta menjadi seorang lelaki, membimbing beta semasa beta berduka dan menjadi contoh terbaik untuk beta dalam menjadi seorang pemimpin yang baik.

“Seorang lelaki yang tegas, seorang pejuang yang berani, Sultan yang arif dan baik hati serta dikasihi oleh rakyat jelata,” tambah Tengku Amir lagi.

Pasangan ini dinikahkan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Seri Haji Mohd Tamyes di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Menurut Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mahamad Munir dalam satu kenyataan, majlis pernikahan Diraja ini diadakan secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.

Norashikin sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang juruterbang Etihad Airlines bernama Mustapha Kamal dan mempunyai dua orang zuriat, iaitu sepasang lelaki dan perempuan.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments