UM Tak Anugerahkan Ijazah Kehormat Pada Azizan Osman

Susulan perbincangan hangat di media sosial, Universiti Malaya (UM) hari ini menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada penceramah motivasi Azizan Osman.


UM Keluar Kenyataan Tak Beri Ijazah Kehormat Pada Azizan Osman

“Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.

Pihak universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah kehormat doktor keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.


“Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut,” menurut kenyataan di Facebook hari ini.

Gambar sumber : Facebook UM


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments