Video, Rakaman CCTV Lori Dipandu Laju Rempuh Budak Sekolah

KUALA LUMPUR: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah lori merempuh seorang murid Sekolah kebangsaan (SK) Teluk Medan, Bagan Serai dalam insiden menyayat hati semalam viral di laman sosial, sekaligus mengundang rasa pilu dalam kalangan netizen.


Video, Rakaman CCTV Lori Dipandu Laju Rempuh Budak Sekolah

Video yang dimuat naik di laman Facebook Friends of BN - Barisan Nasional memaparkan mangsa yang sedang melintas jalan bersama beberapa murid lain untuk memasuki sekolahnya secara tiba-tiba dirempuh lori berkenaan.

Media semalam melaporkan mangsa, Mohammad Haikal Helme, 11, dari Kampung Parit Gabis Atas, maut di lokasi kejadian dalam keadaan memilukan di hadapan ibunya sendiri.

Lebih menyentuh hati ramai netizen yang menonton video tersebut adalah apabila kelihatan mangsa yang berada di tengah jalan dengan jelas cuba melarikan diri dari dirempuh pemandu lori terbabit yang membawa muatan ayam, namun terlambat berbuat demikian kerana lori dipandu dalam keadaan laju.

Pengawal lalu lintas sekolah berkenaan juga dilihat telah memberi isyarat supaya pemandu memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan kepada murid-murid sekolah melintas jalan namun, pemandu lori itu seolah gagal memberhentikan kenderaannya.


“Astaqfirullahalazim, kasihan anak sekolah ini. Syurga buat mu sayang... Al Fatihah,” tulis pengguna Facebook Mohd Laikimi.

Manakala, Sehah Muthalib berkata: “Allah depan mata ibunya pulak tu... menggigil tengok anak kena lenyek depan mata. Semoga keluarga tabah dengan dugaan ini.”

Malah, segelintir pengguna Facebook turut melemparkan kata-kata kesat kepada pemandu lori itu kerana tidak memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan sekolah, selain menggesa supaya pihak berkuasa menjatuhkan hukuman setimpal kepadanya.

Segelintir netizen juga mencadangkan supaya pihak berkuasa membina jejantas atau bonggol jalan bagi memastikan keselamatan murid-murid lebih terjamin.


Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob dipetik Berita Harian sebagai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments