Terkini

Video: Saat Mengharukan Adik Nur Darleen Dazeera Azhar Telah Ditemui

Adik Nur Darleen Dazeera Azhar, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2 yang dilaporkan hilang pagi tadi ditemui selamat pada jam 2.30 petang tadi.


Video: Saat Mengharukan Adik Nur Darleen Dazeera Azhar Telah Ditemui

Bernama melaporkan, pelajar berkenaan yang dilapor dilarikan individu tidak dikenali dibawa pulang oleh orang ramai ke rumah keluarganya kira-kira 2.20 petang.

Difahamkan, Nur Darleen ditemui oleh orang awam, iaitu Juliana Jeffery.


"Dalam masa perjalanan pulang ke rumah, saya ternampak dia berjalan berseorangan. Saya pun pada awalnya tidak pasti itu dia tetapi disebabkan di dalam kereta ada kawan-kawan dia, jadi mereka mengenali dia dan mereka beritahu saya bahawa itu adalah Nur Darleen", kata Juliana menceritakan bagaimana dia menjumpai Nur Darleen.



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments