Wanita Hamil Harus Gugurkan Janin Jika Dijangkiti Zika - Mufti

Kuala Lumpur – Wanita hamil yang dijangkiti virus zika dibolehkan menggugurkan janinnya yang belum mencapai usia 120 hari, kata Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.


Wanita Hamil Harus Gugurkan Janin Jika Dijangkiti Zika - Mufti

Beliau berkata, tindakan itu boleh diambil sekiranya janin yang kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya.

Menurutnya, apabila situasi itu berlaku, harus menggugurkan janin mengikut kehendak ibu ba­panya.


“Kami lebih cenderung kepada pendapat Majma’ Fiqh Islami berkenaan penyakit talasemia yang boleh diqiaskan bagi isu virus zika ini, sekiranya dapatan kajian daripada pakar perubatan yang diyakini menunjukkan bahawa janin yang dijangkiti virus tersebut boleh mengundang pelbagai bentuk kecacatan sehingga memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri.

“Dalam keadaan sedemikian, persetujuan daripada kedua-dua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu,” katanya dalam kenya­taan melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (http://www.muftiwp.gov.my) hari ini.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments