Terkini

Wukuf Di Arafah Ditetapkan Pada 11 September Ini

MAKKAH: Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 11 Sept (Ahad) dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya.


Wukuf Di Arafah Ditetapkan Pada 11 September Ini

Tarikh itu ditetapkan selepas kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan tarikh 1 Zulhijah 1437H adalah pada 3 Sept (Sabtu).

Hari Wukuf yang merupakan rukun haji, pada tahun ini akan menyaksikan perhimpunan kira-kira 2 juta jemaah, termasuk 22,320 jemaah dari Malaysia di padang Arafah untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT.


Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali!

Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima. Dilaksanakan pada 8 atau 9 Zulhijjah.

Arafah terletak kira-kira 22 kilometer dari Makkah. - Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments