Yana Samsudin Alami Bentan Kerana Langgar Pantang

Akibat melanggar pantang, pelakon Yana Samsudin kini mengalami bentan selepas melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Aisy Mateen, pada 21 Julai lalu.


Yana Samsudin Bentan Akibat Langgar Pantang

"Saya ada lebih kurang seminggu lagi proses berpantang, sepanjang proses ini memang agak sukar juga kerana saya bersalin secara pembedahan dan sukar untuk bergerak akibat luka”

“Dua kali saya alami bentan dan demam mengejut serta menggigil seluruh badan akibat tersalah makan. Kali pertama saya rasa ia mungkin berpunca saya makan sayur bayam. Walaupun ada membaca serba sedikit tentang pantang larang tapi ia bergantung kepada badan masing-masing juga," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.


Baca: Yana Samsudin Hamil 7 Bulan Bakal Timang Cahaya Mata Minggu Ke 2 Aidilfitri

Selain itu tambah Yana, dia juga berniat untuk mengadakan majlis bagi memperkenalkan bayi sulungnya itu kepada rakan terdekat dan media tidak lama lagi.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments