Zila Seeron Mengaku Berkhalwat Dengan Pengurus Syarikat

Bekas isteri pelawak, Along (Cham) iaitu Zila Seeron mengaku berkhalwat dengan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhalwat.


Zila Seeron Mengaku Berkhalwat Dengan Pengurus Syarikat

Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang dilakukan pada Ogos lalu.

Azzeman turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, dan Mohd Khairul Azizi Burhanudin, 32, yang bukan suami-isteri atau mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah lelaki itu di Blok A-15-2,  Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu melakukan khalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zila Seeron yang bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan baru saja bekerja dan tidak mempunyai wang yang mencukupi.


“Saya minta diringankan hukuman kerana saya baru sahaja bekerja dan gaji tidak mencukupi,” ujarnya.

Khairul Azizi yang juga tidak diwakili peguam pula memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung anak dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.

Kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) iaitu Mohd Hafiz Abd Hamid.

Pada 29 Ogos lalu, Zila dan Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini.

Along sebelum ini medakwa isterinya berlaku curang apabila mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Hasil perkahwinan pada 2010, mereka dikurnaikan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun. Sumber: Mstar


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments