Zila Seeron Mohon Maaf Pada Semua, Mohon Pembelaan Kes Nusyuz

Umum ketahui, bekas peserta rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-4 dan bekas isteri kepada pelawak dan pelakon popular, Along Cham telah diceraikan secara talak satu pada 29 Ogos 2016 di hadapan Hakim Syarie.


Zila Seeron Mohon Maaf Pada Semua, Mohon Pembelaan Kes Nusyuz

Zila Seeron yang ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Daerah Petaling sempat memohon maaf kepada semua pihak di atas salah silap yang dilakukannya sebelum ini.

Dia telah dibenarkan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan yang akan didengar semula pada 29 September depan.

Baca: Sah Cerai Talak Satu, Along Cham Biarkan Huluran Tangan Zila Tak Berbalas

Zila Seeron Mohon Maaf Pada Semua, Mohon Pembelaan Kes Nusyuz

Hak penjagaan anak mereka, Ahmad Danial telah diberikan kepada Along dan Zila dibenarkan melawat anaknya dua hari dalam sebulan.

Semoga apa yang berlaku kepada pasangan selebriti ini menjadi pengajaran dan ikhtibar buat kita semua.



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments