Terkini

Dua Pegawai Kerajaan Sabah Yang Dituduh Rasuah Masih Bertugas?

Kota Kinabalu – Kerajaan negeri masih kunci mulut berhubung satus dua pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang dibebaskan selepas tamat tempoh tahanan reman susulan siasatan kes rasuah melibatkan dana awam mencecah RM3.3 bilion.


Dua Pegawai Kerajaan Sabah Yang Dituduh Rasuah Masih Bertugas

Tiada seorang pun pegawai kanan pentadbiran negeri itu dapat memaklumkan status pengarah berusia 54 tahun dan timbalannya yang berusi 52 tahun itu.

Peguam untuk kedua-dua penjawat awam itu bagaimanapun berkata, anak guamnya akan kekal dengan jawatan berkenaan kerana tidak menerima sebarang surat rasmi digantung atau arahan berpindah.

“Setakat ini anak guam saya masih lagi pengarah jabatan berkenaan,” kata peguam P.J.Pereira yang mewakili pengarah JANS.

Bagaimanapun, panggilan yang dibuat ke pejabat JANS pada pukul 11.30 pagi Isnin mendapati pengarah jabatan itu tidak bertugas.

Pengarah berkenaan telah dibebaskan atas jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan ikat jamin RM500,000 selepas 12 hari ditahan reman, manakala timbalannya dibebaskan pagi Isnin dengna jumlah jaminan sama dengan dua penjamin selepas menjalani 14 tempoh tahanan reman.

Seorang pegawai kanan kerajaan berkata, kebiasaannya arahan penggantungan akan dikeluarkan jika penjawat awam itu didakwa di mahkamah.


Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memutuskan sama ada penjawat awam itu perlu dipindah ke jabatan atau unit lain semasa siasatan sedang dijalankan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap berkata, terpulang kepada agensi kerajaan negeri berkenaan untuk memutuskan bentuk tindakan yang perlu diambil terhadap pihak yang disiasat.

Beliau berkata, adalah lebih baik jika penjawat awam terlibat diminta supaya mengambil cuti atau meninggalkan penjabat sepanjang tempoh siasatan.

Pada Isnin, timbalan pengarah JANS dan saudara lelakinya bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dan dua penjamin, manakala seorang akauntan dibebas dengan jaminan RM50,000 dan dua penjamin.

Menerusi Ops Water, SPRM merampas aset bernilai lebih RM190 juta termasuk wang tunai sebanyak RM53 juta daripada dua suspek utama iaitu pegawai kanan JANS.

Lebih 80 saksi telah dirakam percakapan termasuk tiga pekerja jabatan itu yang dengan sukarela memulangkan kira-kira RM1 juta yang diperoleh kerana membantu meluluskan projek melibatkan dana Persekutuan RM3.3 bilion. – mStar Online


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments