Top Ad unit 728 × 90

recent

Adi Putra Ada Sebab Kukuh Enggan Tayang Wajah Isteri Kedua

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Pelakon Adi Putra tidak akan mendedahkan identiti isteri keduanya di media sosial kerana mahu mengelak dari sebarang masalah. Pemilik nama Mohamed Hadi Putera Halim, 35, sebaliknya berkata beliau perlu membimbing kedua-dua isterinya dengan bersolat daripada terus lalai di media sosial.


Adi Putra Ada Sebab Kukuh Enggan Tayang Wajah Isteri Kedua

“Bagi saya, media sosial ialah senjata paling berkesan untuk mengundang spekulasi yang akhirnya memakan diri.
“Mengapa kita perlu dekat dengan bahan api kalau kita tahu ia boleh membahayakan diri?,” katanya dilapor portal Berita Harian.

Adi Putra, 35, mengaku mengahwini Nor Shahida Zolkifly pada 20 Jun lalu hanya selepas foto perkahwinan mereka tersebar di internet.

Selebriti kelahiran Singapura itu pernah memfailkan penceraian dengan isteri pertama, Aida Yusof, 41, pada Mei 2012 namun membatalkan hasratnya.


Adi Putra dalam akaun Instagram miliknya sering memuat naik gambar bersama Aida termasuk mengerjakan haji di Mekah baru-baru ini tetapi tidak pernah berkongsi gambar dengan Nor Shahida kepada umum.

Ditanya sama ada kedua-dua isterinya sudah bersemuka, pelakon Cinta Si Wedding Planner itu enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak gemar mengatur atau membuat perancangan dan lebih selesa membiarkan sesuatu itu berlaku dengan sendirinya. Biarlah kehidupan ini berjalan seperti air yang mengalir,” katanya.

Nor Shahida dilaporkan pernah ditahan polis Julai lalu berhubung kes sindiket penyeludupan warga asing.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Adi Putra Ada Sebab Kukuh Enggan Tayang Wajah Isteri Kedua Reviewed by Adam Hakimie on October 13, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.