Terkini

Air Pasang Besar: 75 Keluarga Di Selangor Dipindahkan

SHAH ALAM: Seramai 312 orang daripada 75 keluarga mula berpindah ke 3 pusat penempatan mangsa banjir di seluruh Selangor, setakat 6 petang tadi, sebagai langkah awal menghadapi fenomena air pasang besar.


Air Pasang Besar: 75 Keluarga Di Selangor Dipindahkan

Jurucakap bilik gerakan bencana Selangor berkata, 3 pusat penempatan berkenaan adalah 1 di Klang, manakala 2 lagi di Sabak Bernam.

“Di Klang, 179 orang daripada 40 keluarga mendaftar di pusat penempatan Dewan Orang Ramai Kampung Tok Muda, Kapar.

“Bagi daerah Sabak Bernam pula, Dewan Orang Ramai Sungai Air Tawar menempatkan 111 orang daripada 31 keluarga, manakala Dewan Orang Ramai Kampung Parit Baru menempatkan 22 orang daripada 4 keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Beliau berkata, jumlah mangsa dijangka meningkat menjelang tengah malam ini dan awal pagi esok, berikutan air laut diramal meningkat sehingga 5.7m, kira-kira 6 pagi esok.

Sebelum ini, Jawatankuasa Bencana Selangor melaporkan fenomena air pasang besar dijangka berlaku esok hingga Rabu ini dengan kenaikan paras air laut mampu mencecah ketinggian 5.6m hingga 5.7m.

Peningkatan paras air laut berkenaan boleh menyebabkan beberapa tempat di sekitar pesisir pantai, termasuk kawasan rendah berisiko dilanda banjir.

- Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments