Akademi Manchester City Latih Anak Johor Berusia 6 Tahun

Walaupun baru berusia enam tahun, seorang anak Johor sedang dibimbing Akademi Bola Sepak Manchester City, England. Ehsan Rasidin Amri dilahirkan di Hospital St Mary Manchester. Ibu bapanya bekerja dan tinggal di sana sejak 10 tahun lalu.


Akademi Manchester City Latih Anak Johor Berusia 6 Tahun

Penglibatan awal anak kedua pasangan Rasidin Amri Amir dan Fairuz Hanapiah dalam sukan bola sepak bermula secara tidak dirancang selepas Ehsan membuat permintaan untuk bermain bola sepak.

Rasidin Amri berkata, ketika berusia lima tahun, Ehsan (foto) meminta supaya dihantar bermain bola sepak di mana-mana kelab sebagai aktiviti hujung minggu.

"Kami ambil masa agak lama untuk cari kelab bola sepak yang sesuai. Kami juga fikir jadual aktiviti Ehsan sedia padat dengan latihan renang dan taekwondo pada hari minggu.

Akademi Manchester City Latih Anak Johor Berusia 6 Tahun

"Selepas dia memujuk kami, sekitar April lalu isteri saya mendapati ada satu kelab bola sepak iaitu Timperley FC, terletak kira-kira 10 minit memandu kereta dari rumah kami," katanya kepada Malaysiakini.

Rasidin berkata, mereka bertuah susulan kouta pendaftaran untuk menyertai Timperley FC masih ada walaupun ketika itu sudah hampir penghujung musim.

Menurutnya, Ehsan menjalani latihan setiap hari Ahad selama satu setengah jam bermula pukul 9.30 pagi.

Akademi Manchester City Latih Anak Johor Berusia 6 Tahun

"Selepas tiga minggu menyertai Timperley FC, Ehsan dipilih beraksi untuk Sunday League. Pada penampilan pertama Ehsan dalam Sunday League, aksinya turut ditonton seorang pencari bakat Manchester City," katanya yang juga anak kelahiran Batu Pahat, Johor.

Rasidin berkata, pencari bakat tersebut datang menemuinya dan bertanya sama ada Ehsan pernah dilatih secara profesional sebelum ini.

"Dia kata Ehsan bermain agak baik. Mungkin dia nampak kebolehan tertentu yang ada pada Ehsan berdasarkan persembahannya. Pada hari tersebut terdapat kira-kira 200 kanak-kanak mewakili kelab masing-masing untuk Sunday Leageu.

Akademi Manchester City Latih Anak Johor Berusia 6 Tahun

"Lelaki berusia dalam linkungan 70 tahun itu cuba meyakinkan saya bahawa Ehsan perlu mendapatkan bimbingan profesional dengan menyertai Akademi Manchester City.

"Dalam hati saya kata, dia tak perlu yakinkan saya kerana saya dan Ehsan sememangnya peminat tegar kelab Manchester City," jelasnya.

Pemain terbaik Timperley FC

Selepas berborak kira-kira sejam dengan pencari bakat tersebut, Rasidin berkata, bekas pesara tentera British yang pernah berkhidmat di Malaysia sebelum merdeka itu meminta maklumat peribadinya.

"Dia minta alamat, nombor telefon dan email untuk dihubungi kemudian. Dia kata Ehsan akan dapat surat tawaran dari Akademi Manchester City.

"Surat tawaran tersebut benar-benar sampai pada awal bulan Jun lalu," katanya.

Pada penghujung musim liga Julai lalu, Rasidin berkata, Ehsan dipilih sebagai pemain terbaik tahunan Timperley FC bagi kategori pemain berusia enam tahun.


Selepas itu katanya, Ehsan mula menyertai latihan di Akademi Manchester City yang diadakan setiap hari Khamis.

"Dia menunjukkan peningkatkan selepas berlatih di Akademi Manchester City. Keyakinannya semakin tinggi dan kelihatan seperti kanak-kanak lain di sana.

"Sebagai ibu bapa kami sangat gembira dan bersyukur dengan peluang yang diperolehi Ehsan di sini. Kami rasa bertuah tinggal dan mendapat peluang sebegini di sini.

"Saya belikan Ehsan tiang gol kecil dan letakkan di belakang rumah kami untuk dia berlatih setiap hari. Ehsan juga bermain untuk pasukan sekolahnya Tyntesfield Primary," katanya yang bekerja sebagai designer.

Tambah Rasidin, pada awalnya Ehsan bermain untuk posisi pertahanan dan kini lebih berkeyakinan beraksi di posisi tengah.

Akademi Manchester City Latih Anak Johor Berusia 6 Tahun

Katanya, sebagai ibu bapa mereka tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada Ehsan, sebaliknya sentiasa memberi peringatan peluang dan platform yang diperolehinya.

"Kami pesan supaya dia berusaha gigih dan terus meningkatkan aspek persembahannya. Kami tidak beri sasaran supaya dia tampil sebagai pemain profesional dan kami mahu dia turut berjaya dalam pelajaran.

"Tetapi sebagai anak Johor, dia mungkin boleh menyimpan cita-cita untuk mewakili pasukan Johor sekiranya perkembangan bola sepak Ehsan semakin baik di masa akan datang," katanya.

Sebagai rekod, Akademi Manchester City tidak membuka peluang terbuka kepada semua golongan kanak-kanak untuk mendapat bimbingan profesional bola sepak, sebaliknya menggunakan khidmat pencari bakat untuk menawarkan kanak-kanak berbakat menyertai mereka.

Bimbingan itu diberikan secara percuma sehingga mereka terpilih untuk menyertai skuad paling junior pada usia lapan tahun. Sumber: MalaysiaKini


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments