Terkini

Aktivis Women’s Boat to Gaza Dibawa Ke Lapangan Terbang Tel Aviv

GAZA, 6 Muharam 1438H, Jumaat – Semua 13 aktivis wanita yang menyertai misi Women’s Boat to Gaza di atas kapal Zaytouna-Olivia yang ditahan pihak berkuasa rejim Zionis Israel kini berasa di Lapangan Terbang Tel Aviv, menunggu masa untuk diusir, lapor Al Jazeera.


Women’s Boat to Gaza

Menurut korespondan Al Jazeera, Mina Harballou, yang turut berada di atas kapal dalam misi memecah kepungan dan sekatan ke atas Semenanjung Gaza, dua kapal perang rejim Zionis memintas Zaytouna-Olivia di barat Israel kira-kira jam 4 petang waktu tempatan.

Katanya, tiga lagi kapal tentera laut Israel mengepung Zaytouna-Olivia, sambil mengarahkan kapten Ann Wright untuk mengubah haluan.


Pastinya Write enggan berbuat demikian sambil berkaa bot itu berada di perairan antarabangsa iaitu 33 batu dari pantai Gaza, katanya.

Women’s Boat to Gaza

Bagaimanapun, bot itu dipintas selepas beberapa kali arahan supaya mengubah haluan tidak dipatuhi, kata kenyataan tentera laut Israel.

Askar Israel kemudian menaiki bot berkenaan dan melakukan penggeledahan, sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod di utara Semenanjung Gaza, di mana aktivis disoal siasat dan kemudian dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion.

Women’s Boat to Gaza

Rejim Tel Aviv mendakwa tindakan mereka adalah sah kerana bot berkenaan cuba melanggar sekatan maritim ke atas Palestin.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments