Terkini

Awie Dicabar Tunjukkan Bukti Diri Berketurunan Raja Siam

Selepas dipersoalkan oleh netizen kerana berkahwin dengan Sharifah Ladyana di Songkhla, Thailand, penyanyi rock Awie ada memberitahu bahawa beliau merupakan keturuan Raja Siam yang dikenali sebagai Raja Sulaiman yang berasal daripada lokasi berkenaan.


Awie Dicabar Tunjukkan Bukti Diri Berketurunan Raja Siam

Pengakuan itu nyata mengejutkan beberapa pihak termasuk Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd. Yusof yang mencabar Awie untuk mengemukakan bukti bahawa beliau berketurunan Raja Siam.

Dia (Awie) perlu mengemukakan bukti salasilah keluarga­nya bagi mengesahkan dakwaannya yang berketurunan Raja Sulaiman.

Dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada kedutaan Thailand dan kerabat Raja Sulaiman untuk memastikan kesahihannya.


Tambah Wan Shamsudin, selepas kejatuhan Kesultanan Singgora semasa pemerintahan Raja Sulaiman ramai kerabatnya lari ke kawasan lain bagi menyelamatkan diri.

Terdapat beberapa peme­rintah di Thailand yang berketurunan Raja Sulaiman termasuklah Perdana Menteri Thailand ke-22 iaitu Jeneral Chavalit Yongchaiyudh dan bekas ketua komander Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Niphon Srithorn.


Wah, susah juga tu kalau hendak buktikan keturunannya secara terperinci, tetapi mungkinkah Awie mempunyai surat ataupun dokumen sah mengatakan dia keturunan Raja Sulaiman?

Iyalah, empat tahun juga kan Awie mengkaji asal-usu keturunannya. Sama-sama kita nantikan komen Awie pula berhubung isu ini.

Sumber Berita : Kosmo!


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments